7 Cara Merawat Diri Sendiri Dari Gangguan Jin
.
Gangguan Jin boleh berpunca dari 4 sumber berikut: Sihir, Saka, Lintasan atau 'Ain (pandangan mata yang hasad atau taksub) ATAU percampuran antaranya.
Ada banyak jenis spesies Jin yang tidak diketahui jumlahnya. Seseorang itu berkemungkinan diganggu oleh seekor Jin atau lebih dari seekor. Pesakit yang mengalami gangguan Jin secara umumnya berada dalam keadaan emosi dan pemikiran yang tidak stabil (tidak normal).
Gangguan Jin berkemungkinan boleh berlaku di dalam badan (jin bergerak dalam saluran darah) ATAU jin berada di luar badan Pesakit; ATAU kedua-duanya sekali.
Jika ANDA berupaya merawat diri sendiri, maka berikut dikongsikan beberapa CARA ASAS dalam merawat diri sendiri:
CARA PERTAMA
Dengarilah audio bacaan Ruqyah Syar'iyah setiap hari pada waktu-waktu berikut: Waktu Tengahari, Waktu Asar, sebelum dan selepas Waktu Maghrib dan ketika hendak tidur malam.
Elakkan mendengar sewaktu memandu kerana boleh membawa kepada kemalangan jika Pesakit kesurupan, mengantuk dan sebagainya.
CARA KEDUA
Buatlah Air Terapi Mandian Ruqyah Syar'iyah. Sediakan sebaldi air yang bersih.
Bacalah ayat-ayat berikut, dengan terang dan tartil; dalam keadaan menutup aurat dan mengadap Kiblat. Pembacaan perlulah dilakukan di luar Bilik Mandi. Lebih afdhol jika dalam keadaan berwudhuk.
Bacalah Surah Al-Fatihah, Ayat Kursy, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, Selawat Nabi 10 kali dan Doa (apa sahaja yang baik).
Seterusnya dihembus ke dalam baldi, arah lawan jam sebanyak 7 pusingan, dengan 1 nafas. Gunakan air ini sebagai mandian. Mandilah dahulu dengan air biasa sebelum mandi dengan air mandian ini. Ulangi mandian sebanyak 3 kali dalam masa 3 hari berturut-turut. Terbaik, mandi selepas masuknya Waktu Asar. Namun, waktu lain pun boleh. Tiada masalah.
NOTA 1: Daun bidara juga sangat dibenci oleh Jin. Campurkan dan ramas 7 helai daun bidara ke dalam air mandian ini. Anda juga boleh menggunakan Pati Daun Bidara sekiranya ada.
NOTA 2: Garam Kasar atau Garam Bukit juga boleh digunakan sebagai mandian. Masukkan dan kacau, segenggam garam dalam air mandian ini.
CARA KETIGA
Elakkan dari makan semua jenis limau, makanan yang berbisa, berangin, tajam, berkolestrol tinggi, bercuka, yang telah diperam, masam dan masin - sehingga Pesakit telah benar-benar sembuh.
Makanan Berbisa adalah seperti durian, nenas, pulut, cendawan, rebung, ais dan air bergas.
Makanan Berangin adalah seperti jantung pisang, pucuk paku, pucuk ubi, pucuk betik, keladi, sukun, nangka, cempedak, serai, petai, jering dan durian.
Makanan Tajam adalah seperti ikan yang bersengat dan berduri (pari, cencaru, keli, sembilang, siakap, kerapu, ikan duri), udang, ketam, pucuk paku, rebung, belimbing dan sodium bicarbonate (baking soda).
CARA KEEMPAT
Elakkan dari pergi ke tempat-tempat seperti pasar basah, pasar malam, kompleks membeli-belah, kawasan air terjun, hutan, perkuburan dan lain-lain; yang membawa kepada risiko gangguan Jin yang lebih teruk.
Juga, elakkan dari berada di luar rumah, ketika Waktu Tengahari, Waktu Maghrib dan Waktu Malam.
CARA KELIMA
Pastikan pakaian dan kediaman sentiasa berada dalam keadaan bersih, kering dan bebas dari habuk dan kekotoran yang membawa Tenaga Jahat.
CARA KEENAM
Jagalah amal ibadat seperti Solat Lima Waktu dan kerapkan membaca Al-Quran seperti Surah Yaasin, Surah Al-Waqi'ah, Surah-surah Lazim dan sebagainya lagi, sekiranya anda berkemampuan untuk membaca Al-Quran.
CARA KETUJUH
Banyakkan juga berwirid, berzikir, berselawat, berdoa dan bersedekah. Sesungguhnya, sedekah itu lebih tajam dari doa. Juga, mohonlah kemaafan dan maafkanlah orang lain.
PERHATIANSekiranya Penyakit Gangguan Jin masih berlarutan, segeralah hubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum atau Perawat Islam lain yang diyakini. In shaa Allah.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Anak Saya menghadapi gangguan dimana dia Tak boleh belajar, Tak boleh tidur malam, asyik menangis aje.mudah terasa.
Orang bukan islam boleh merawat tak?
Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT, mohon hubungi/WhatsApp Perawat kami di talian 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan rawatan atau penyakit. Syukron jazilan.
Assalamulaikum
Kadang2 dada rasa sakit,mcm cucuk, kalau jumpa lalat atau pe pe serangga beracun, atau lebah rasa pitam dan pening, tak boleh makan daging, tak boleh pi rumah mayat rasa seram, rasa mcm ade benda bergerak atas kepala, dan lain lain, minta bantuan, wassalam
Assalamualaikum, semoga saudara-saudara islamku dipermudahkan urusan dan disembuhkan dari gangguan Makhluk Halus. Allah maha kuasa, sesungguhnya Allah sahaja yang boleh membantu saudara2 sekalian.
InsyaAllah..assalamualaikum