Pelancaran Rasmi Program Al-Qayyum Care+ Mulai 1 November 2025

Syukur alhamdulillah. Satu lagi langkah besar dalam dunia Pengubatan Islam profesional tanah air kini bermula. PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM memperkenalkan AL-QAYYUM CARE+, sebuah Program Penyembuhan Berterusan (Continuous Healing Programme) yang dirangka khas bagi memastikan setiap Pesakit terus dijaga, dipantau dan dibimbing selepas sesi rawatan.

Selama lebih satu dekad, ribuan Pesakit telah sembuh melalui Rawatan dan Terapi Al-Quran di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Namun hakikatnya, penyembuhan sebenar tidak berakhir di bilik rawatan. Ia bermula apabila Pesakit belajar menjaga jiwanya setiap hari. Di sinilah AL-QAYYUM CARE+ berperanan sebagai jambatan rohani antara dunia rawatan dan kehidupan sebenar.

Program ini memperkenalkan 15 FAEDAH EKSKLUSIF UNTUK AHLI, termasuk pemantauan khas oleh Perawat Kanan, pemeriksaan rohani berkala percuma, bengkel Pengubatan Islam, voucher rawatan percuma, serta akses eksklusif ke kandungan ilmu dan doa dalam Telegram Channel rasmi.Inilah transformasi baharu dalam industri pengubatan Islam, daripada sekadar “merawat”, kepada sistem penjagaan rohani berterusan yang tersusun, moden dan penuh hikmah.

Pendaftaran dibuka mulai 1 November 2025. Sila hubungi Perawat anda untuk sebarang pertanyaan lanjut. Syukron jazilan.